Tuesday, May 3, 2011

Peringatan

Ingat kata-kata
Minta pada Allah
Bukan pada manusia

Tapi kenapa labu-labu si Luncai juga yang dicita
Dah dapat pon berganda-ganda
Balasan kebaikan daripadaNya


Ah, mungkin aku yang tak mahu dia lupa
Busuk hancing hinanya
Palitan najis yang masih tersisa


Yakini saja janjiNya
Jumpa kita di sana
Setara nilai dosaku digantikan pahalanya
Habis pahala tanggunglah dosa
Kurang-kurang jadilah unta
Untuk tunggangan di bawah matahari sejengkal di kepala


Aku takkan lupa
Aku tunggu kau di sana, wahai unta.


Sudah, doakan saja
Aku juga bukan unta siapa-siapa.

0 comments: