Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan ke atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.
- Sumber dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Aku tak paham kenapa bila seseorang dikenakan atau terkena, dianiaya atau teraniaya, yang memikul kesalahan mengikut definisi 'kesalahan' di dalam persfektif umum, dia adalah seorang yang bodoh.
"Itulah kau, bodoh... ikutkan sgt..."
"Bodoh la kau ni... sape suruh kau percaya?"
Sudah hilang agaknya perkataan baik & jahat dari kamus...
Dia bukan bodoh. Dia baik. Baik hati.
Atau naif. Tapi sejak bila naif tu sesuatu yang lebih buruk daripada licik?
Yang mengenakan & menganiaya tu pandai sangat la ya?
Bodoh!
Dia jahat!
So now siapa yang lebih bagus?
Org baik hati tapi bodoh.
Atau org licik pemutar alam tapi pandai.
Kat dunia boleh la lepasss
Kat akhirat, zassS!!!
p/s: Doa org2 yg teraniaya akan mudah & cepat dimakbulkan Allah.
So now siapa yang lebih bodoh?
:P
Di masa itu, aku impikan menulis buku bertajuk "ANGELS - All around us".
I was so down I need to create my own world.
I kept telling myself - all the intuituions of doing the good deeds are Allah's wishes imposed on you. HE wanted you to execute them.
By doing it, you feel right - you feel good, because they are all the GOOD things.
HE likes the GOOD everything.
Kita tidak akan tahu di sebalik jahatnya perompak itu, dia mungkin anak yang baik kepada ibu bapanya?
Atau si pelacur itu - seorang kakak yang baik terhadap adiknya? Atau si Bangla tukang mop lantai di kedai mamak itu baru sahaja meminjamkan RM3 terakhir dlm poket seluarnya kepada seorg kawan yang memerlukan?
Bersyukurlah. Dan jgn menghakimi. Kerana bukan kita yang menilai.
And thus, I walked around seeing all the luscious white fluffy wings on each and everyone's back.
Trust me, it was the most beautiful sight ever!
And I smiled all the time - thinking of all the good deeds all these people had done.
And when you smile to people - they smile back.
And guess what, you'll see that life IS actually very beautiful.
NOTE: At this point of time, I wish I still have those perspective I had about 3 years ago.
Life is beautiful nonetheless, but I longed to have those pure indifferent feelings to strangers.
It's ok if they had the bad intentions, God will condemn them and protect us.
Or so I'd like to believe.
Ya Allah, lindungilah aku & keluargaku daripada kejahatan jin dan manusia. Amin.
Oh, I am so busy 'celebrating my life', I almost forgot about pouring in my mind here.
I'm pretty occupied in my little wonderful world
that involves this tiny little angel...
She eats world!
I have plenty unfinished drafts I should just post.
It's coming near to year end now.
I should just get it done with.
Trail of posts to follow!!! ;D
IT'S MY LIFE.
Remember that when you talk about it.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini,
sedangkan aku tidak pernah melakukannya".
Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat,
maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.
Sumber
Terima kasih. Thank you.
Credit